TARIKH HARI INI

NASYID FM

DIARI HIDUP SAYA

MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

Showing posts with label Artikal. Show all posts
Showing posts with label Artikal. Show all posts

Al-Quran, Muhammad saw dan Sains

Friday, October 30, 2009

AL-QUR’AN



Al-Qur’an, himpunan firman-firman terakhir Allah subhanahuwataala, ialah sumber paling utama bagi kepercayaan dan syariat umat Islam. Ia menyentuh segenap aspek yang membabitkan kemanusian: kepintaran, doktrin, perhambaan kepada Tuhan, jual-beli, undang-undang, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tema asasnya ialah hubungan di antara Allah subhanahuwataala dan hamba-hambaNya.

Pada masa yang sama Al-Qur’an menyediakan garis-panduan dan cara-cara terperinci untuk membentuk masyarakat yang adil, cara hidup yang baik, dan system ekonomi yang saksama.

Al-Qur’an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam didalam Bahasa Arab. Justeru, mana-mana terjemahan Al-Qur’an, samada berbahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa pun bukanlah Al-Qur’an atau satu versi dari Al-Qur’an. Sebaliknya ia hanyalah satu terjemahan makna-makna Al-Qur’an sahaja. Al-Qur’an hanya satu iaitu yang berbahasa Arab, bahasa yang ia diwahyukan Illahi.

MUHAMMAD S.A.W.


Nabi Muhammad, (sallallahu 'alaihi wa sallam) diputerakan di Mekah, Semenanjung Arab pada tahun 570 Masehi. Bapanya meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan. Manakala ibunya pula meninggal dunia tidak berapa lama selepas keputeraannya. Justeru baginda sallallahu 'alaihi wa sallam dipelihara oleh bapa saudaranya, seorang kenamaan dari bangsa arab Quraish. Baginda s.a.w. seorang yang tidak boleh membaca atau menulis dari kecil sehinggalah baginda wafat[3].

Ketika membesar, baginda terkenal sebagai seorang yang jujur, amanah, baik hati, dan ikhlas. Baginda terlalu jujur dan amanah sehinggakan digelar Al-Amin (Seorang yang amanah).

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam seorang yang suka berfikir dan amat membenci keruntuhan moral, kemaksiatan dan perzinaan yang berleluasa di dalam masyarakatnya. Ketika berumur 40 tahun, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam telah menerima wahyu pertama dari Allah subhanahuwata’ala melalui malaikat Jibrail ‘alaihissalam. Wahyu-wahyu itu turun berterusan selama 23 tahun dan himpunannya dikenali sebagai Al-Qur’an.

Berlainan dari Al-Qur’an, hadis pula ialah kata-kata nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Walaubagaimanapun, ianya juga satu jenis daripada wahyu-wahyu Allah subhanahuwatala, tetapi bukan berbentuk perkataan langsung dari Allah subhanahuwata’ala. Sebaik sahaja baginda sallallahu 'alaihi wa sallam mula menerima wahyu dan menyebarkan risalah Illahi yang diturunkan kepadanya, baginda dan pengikutnya dihina dan disiksa oleh orang kafir. Penyiksaan bertambah parah hinggalah pada tahun 622 Masehi Allah subhanahuwata’ala memerintahkan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan umat Islam berhijrah ke Madinah, sebuah bandar yang terletak 260 batu di utara Mekah. Peristiwa hijrah ini menjadi tahun permulaan pengiraan kalendar Hijrah.

Selepas beberapa tahun, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan umat Islam telah dapat kembali ke Mekah. Mereka tidak membalas dendam terhadap kezaliman yang dilakukan kafir Quraish dahulu. Sebaliknya mereka memaafkan musuh-musuh mereka. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam ketika berumur 63 tahun, kebanyakan kawasan Semenanjung Arab telah memeluk Islam dan selepas satu kurun kewafatannya, Islam telah berkembang sehingga Sepanyol di barat dan Negara Cina di Timur.

Satu daripada sebab-sebab Islam berupaya bekembang pesat dan secara aman ialah kerana kebenaran dan kemurnian ajarannya. Islam menyeru manusia supaya percayakan Tuhan yang satu, yang mana hanya Dia yang layak disembah.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam ialah satu contoh terbaik seorang manusia yang jujur, adil, prihatin, kasih-sayang, amanah, dan berani. Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam tiada langsung sifat-sifat keji dan sentiasa berusaha ke arah memenuhi tanggungjawab terhadap Allah dan balasanNya di akhirat. Di dalam semua tindak-tanduknya, dia sentiasa mengingati akan keujudan Allah subhanahuwataala.

_____________________________________

Nota Kaki:

[3] Nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh membaca atau menulis dan ini menguatkan lagi ciri-ciri kemujikjizatan kata-kata baginda dan ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan dalam Bahasa Arab tertinggi disamping ilmu yang disampaikan yang tidak mungkin datang walaupun dari manusia walaupun dari seseorang yang paling pintar. Sahabat-sahabat Nabi sallallahu'alaihiwasallam menulis wahyu-wahyu yang diturunkan kepadanya.


ISLAM DAN SAINS

Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai kononnya pokok yang mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru, selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak baginda ‘alaihissalam ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu sains daripada orang-orang Islam.

Pihak Gereja memfatwakan bahawa usaha mengkaji ilmu sains adalah punca kepada dosa asal (‘original sin’) Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab Injil Perjanjian Lama (‘Old Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas Allah subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru, suatu masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi. Akhirnya apabila golongan tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat berjaya mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua perkara yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan mengurangkan pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi. Justeru, jika and membincangkan isu agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahawa Islam amat menghormati ilmu dan para cendikiawan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu sebagai saksi bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Qur'an 3: 18]

Dan Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Suci juga berfirman yang bermaksud:

“Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” [Qur'an 47: 19]

Al-Qur’an dengan jelas menyatakan sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan berbanding malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan kepadanya. Kisah-kisah di dalam Al-Qur’an bercanggah dengan kisah-kisah Bible. Umat Islam percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut Al-Qur’an, hakikat bahawa Adam alaihissalam diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan bukannya punca baginda ‘alaihissalam dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita berbincang tentang Islam dan sains dengan pemikir barat, mereka lebih menjurus untuk berdebat dengan andaian yang sama dengan pandangan agama mereka (Kristian) terhadap ilmu itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat terkejut bila mereka didedahkan dengan fakta-fakta dari Al-Qur’an dan Hadis.

Salah seorang daripada mereka ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan ‘Obstetrics’ dan ‘Gynecology’ (Kajian Janin), dan Profesor di bidang molekul dan Genetik Manusia di Kolej Perubatan Baylor, Houston, Amerika Syarikat. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis. Namun, kami telah berjaya meyakinkan beliau. Kami bentangkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur’an yang membincangkan tentang perkembangan janin. Kami buktikan kepadanya bahawa Al-Qur’an menyatakan tentang pembentukan kromosom (‘chromose’) dan daya-pewarisan (‘hereditary’) hanya berlaku setelah benih (dari air mani) bercantum dengan telur wanita (‘ovum’). Sebagaimana yang kita tahu, ‘chromosome’ sememangnya menentukan bentuk fizikal yang akan diwarisi oleh bayi itu nanti seperti warna mata, kulit, rambut, dan sebagainya.

Justeru, banyak keadaan yang akan diwarisi oleh seseorang manusia sudahpun ditetapkan di dalam kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk ketika peringkat awal lagi (peringkat ‘nutfah’) dalam pembentukan janin. Dengan kata lain, bentuk dan keadaan seorang manusia sudahpun ditetapkan ketika peringkat awal lagi- peringkat ‘nutfah’. Allah subhanahuwata’ala Yang Maha Suci dan Maha Agung menyatakan fakta ini di dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

“Binasalah hendaknya manusia (yang engkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi bertanggungjawab”. [Qur'an Surah Abasa, 80: ayat 17-19]

Ketika 40 hari didalam kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara berperingkat-peringkat. Kita boleh melihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa organ-organ mula dibentuk dan diatur, dan janin itu nampak seperti terpusing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari” [Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari].


Embrio/janin yang berusia 5 hingga 6 minggu

Gambarajah 1

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:

"Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, "Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?" dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka" [Riwayat Muslim].

Profesor Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan pembentukannya.

Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu. Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.

Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat Al-Qur’an yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam Al-Qur’an itu datangnya dari Allah. Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.

Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan meyaksikan tiap-tiap sesuatu?” [Surah Fussilat, 41: Ayat 53]

Setelah menyedari melalui contoh-contoh keajaiban sains di dalam Al-Qur’an dan daripada maklumbalas para saintis sendiri, marilah kata tanya beberapa soalan ini:

a. Adakah satu kebetulan sahaja bahawa penemuan terbaru sains di pelbagai bidang itu telah dinyatakan dengan tepat tentangnya di dalam Al-Qur’an?

b. Mungkinkah Al-Qur’an itu ditulis oleh Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam atau oleh suatu yang bukan-manusia?

Hanya ini sahaja jawapan yang munasabah: Al-Qur’an itu adalah perkataan Allah subhanahuwataala yang diwahyukanNya. Al-Qur’an ialah perkataan-perkataan Allah secara langsung (‘literal’) yang Dia wahyukan kepada nabiNya Muhammad sallalahu’alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail alaihissalam. Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam menghafal wahyu-wahyu itu. Kemudiannya sahabat-sahabat baginda sallalahu’alaihiwasallam pula menghafal ayat-ayat itu, menulisnya dan mengulang-kaji hafalan mereka dengan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam mengulang-kaji hafalan Al-Qur’an itu dengan malaikat Jibaril alaihissalam setiap tahun di bulan Ramadan. Di tahun terakhir hidupnya, baginda mengulangkaji hafalan dengan Jibrail sallalahu’alaihiwasallam sebanyak dua kali. Sejak dari hari Al-Qur’an diwahyukan sehingga ke hari ini, ramai orang-orang Islam yang menghafal kesemua ayat-ayat Al-Qur’an, perkataan demi perkataan. Sesetengahnya berupaya menghafal Al-Qur’an ketika berumur 10 tahun lagi. Justeru, bukan suatu yang pelik bila ditegaskan bahawa tiada satu pun isi Al-Qur’an yang telah berubah sejak zaman berzaman sehinggalah sekarang.

Al-Qur’an yang diturunkan 14 kurun yang lalu telah menyatakan dengan tepat fakta-fakta yang baru sahaja ditemui oleh ahli sains. Ini jelas membuktikan Al-Qur’an itu adalah firman-firman Allah yang diwahyukan olehNya kepada Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam Selain dari itu, ia juga membuktikan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam adalah seorang Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah subhanahuwata’ala. Tidak munasabah untuk mengatakan seseorang manusia pada 1400 tahun lalu tahu tentang penemuan sains yang hanya ditemui hari ini dengan pertolongan alat-alat canggih dan kaedah-kaedah yang sukar.

Baca lagi ...!

Bolehkah kita temui penjelasan mengenai alam semesta?

Thursday, October 29, 2009

Terdapatkah sebarang penjelasan mengenai rahsia keujudannya? Kita menyedari tiada keluarga yang dapat hidup bahagia tanpa ketua keluarga, tiada sebuah bandaraya yang boleh ujud dengan teratur tanpa adanya pengurusan yang baik, dan tiada negeri boleh berjalan tanpa seorang pemimpinnya. Kita sedar tiada apa yang boleh ujud dengan sendiri.

Lebih dari itu, kita menyaksikan alam semesta ujud dan berfungsi dalam keadaan penuh teratur, dan ia telah ujud sejak berbillion tahun dahulu. Bolehkah kita katakan bahawa semua ini suatu yang berlaku secara tidak sengaja dan tanpa perancangan? Bolehkah kita anggap keujudan manusia dan seluruh alam hanyalah suatu kebetulan? Manusia hanya sebahagaian kecil dari alam semesta yang besar, dan jika dia boleh merancang dan menghargai kepentingan perancangan, maka keujudannya dan keujudan alam semesta semestinya berasaskan kepada suatu perancangan juga.


Ini bermakna ada Satu Kuasa Yang Merekabentuk disebalik keujudan kita, dan terdapat suatu kuasa luarbiasa yang mengujudkan sesuatu dan membolehkan mereka berkembang secara teratur. Di dalam suatu alam yang indah ini, semestinya ada Maha Pencipta yang merekacipta hasil seni yang indah dan membuat kesemuanya untuk suatu tujuan istimewa dalam hidup ini.

Manusia yang diberikan petunjuk menyedari keujudan Pencipta ini dan memanggilNya Allah. Dia bukan manusia kerana tiada manusia yang boleh mencipta seorang manusia lain. Dia bukan suatu haiwan, dan Dia juga bukan suatu tumbuhan. Dia bukannya suatu berhala atau suatu patung, kerana benda-benda itu tidak berkuasa mencipta diri sendiri mahupun benda-benda lain. Dia lain daripada kesemua benda, kerana Dia Pembuat dan Penjaga kesemua benda yang lain. Pembuat semestinya berbeza dan lebih hebat daripada benda yang dibuatnya.

Terdapat banyak cara untuk mengenali Allah dan banyak penjelasan yang boleh dibuat mengenaiNya. Keajaiban-keajaiban dan kehebatan yang terdapat di dunia merupakan satu buku terbuka dimana kita dapat membaca mengenaiNya. Selain daripada itu, Allah subhanahuwata’ala membolehkan kita mengenaliNya melalui rasul-rasulNya dan wahyu-wahyu yang diturunkan kepada manusia. Rasul-rasul alaihissalam dan wahyu-wahyu menerangkan kesemua perkara yang memungkinkan kita mengenali Pencipta kita.

Islam bermaksud penerimaan sepenuhnya terhadap kesemua ajaran-ajaran dan petunjuk Pencipta sebagaimana yang diturunkan kepada rasul-rasulNya alaihissalam. Islam mensyaratkan keimanan kepada keesaan dan kekuasan Allah subhanahuwata’ala, yang menyebabkan manusia menyedari erti keujudan alam semesta dan erti keujudan dirinya di dalam alam semesta ini. Kepercayaan ini membebaskan manusia daridapa semua ketakutan dan kepercayaan karut kerana ianya menyedarkan manusia akan keujudan Allah Yang Maha Berkuasa dan tanggungjawab mereka kepadaNya.

Keimanan ini mesti diterjemahkan dan diuji dalam bentuk tindakan kerana keimanan sahaja tidak mencukupi. Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa menuntut kita melihat manusia sejagat sebagai sebuah keluarga besar dibawah naungan Yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi Rezeki. Islam menolak tanggapan kononnya segolongan manusia adalah kelompok terpilih. Pada masa yang sama, ia mengiktiraf bahawa keimanan kepada Yang Maha Pencipta, dan amalan soleh sahajalah jalan menuju ke syurga. Justeru, perhubungan langsung ujud dengan Allah tanpa memerlukan orang tengah.

Harus diingat bahawa Islam bukannya sebuah agama baru. Sebenarnya ia merupakan mesej dan pertunjuk yang sama yang telahpun diwahyukan kepada semua nabi-nabi seperti Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Daud, Musa, Isa, dan Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Namun, mesej yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam adalah Islam yang lengkap, sempurna, dan terakhir.

Berhubung dengan itu, Al-Qur’an ialah wahyu Allah yang menjadi sumber asas ajaran dan syariah Islam. Ia membicarakan asas-asas keimanan, moral, sejarah kemanusian, penyembahan kepada Tuhan, ilmu, kebijaksanaan, hubungan manusia dengan Allah, dan segala aspek kehidupan manusia. Ia mengandung ajaran-ajaran yang lengkap yang boleh dijadikan rujukan untuk membina sistem kehidupan yang baik dan keadilan sosial, ekonomi, politik, perundangan, dan hubungan antarabangsa. Kesemuanya adalah isi penting daripada Al-Qur’an.

Manakala Hadis pula mengandungi didikan-didikan, kata-kata, dan tindakan-tindakan Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam yang dilapur dan dikumpul oleh para sahabat baginda. Ia menerangkan dan menjelaskan ayat-ayat Al-Qur’an.


Rukun Iman (Asas-Asas Kepercayaan):

Orang Islam yang sebenar mempercayai dan mengimani rukun-rukun iman seperti berikut:

1. Kepercayaan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Ujud, Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Pemaaf, Maha Pencipta dan Maha Pemberi Rezeki, Dia tiada anak, dan tidak juga diperanakkan, dan tiada suatu pun yang sama atau setanding denganNya.

2. Kepercayaan kepada semua Rasul-Rasul Allah tanpa membeza-bezakan antara mereka, kerana Allah subhanahuwata’ala mengutuskan pemberi amaran atau rasul untuk setiap umat. Allah memilih mereka supaya memikul tanggungjawab mendidik manusia dan menyampaikan wahyu-wahyuNya yang suci. Al-Qur’an menyebut beberapa nama daripada rasul-rasul ini, dan Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul terakhir dan teragung.

3. Kepercayaan kepada kitab-kitab yang asal dan wahyu-wahyu Allah subhanahuwata’ala, menerima mereka sebagai cahaya pembimbing yang diterima rasul-rasul untuk disampaikan kepada umat masing-masing menuju jalan yang lurus kepadaNya. Di dalam Al-Qur’an disebutkan nama-nama kitab Nabi Ibrahim, Musa, Daud, dan Isa allaihissalam. Namun, sebelum diturunkan kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, sebahagian daripada kitab-kitab tersebut telah hilang atau diubahsuai. Kini, hanya kitab Al-Qur’an sahaja merupakan kitab yang terpelihara dan asli sejak ianya diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam dalam bentuknya yang asli.

4. Kepercayaan kepada para malaikat Allah, percaya bahawa mereka adalah makhluk yang tidak melakukan apa-apa dosa dan tidak memerlukan makanan, minuman, dan tidur. Mereka merupakan hamba Allah yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas tertentu, dan menghabiskan malam dan siang menyembah Allah subhanahuwata’ala. Mereka bercakap dan membuat sesuatu diatas perintah Allah subhanahuwata’ala.

5. Kepercayaan kepada Hari Kiamat dan Alam Akhirat, menerima hakikat bahawa semesta alam ini akan musnah suatu ketika nanti, dan bahawa semua manusia yang telah mati akan dibangkitkan semula untuk dibicara dan dibalas secara adil. Manusia yang beramal soleh akan dikurniakan balasan baik dan akan dimasukkan ke dalam syurga Allah, dan mereka yang melakukan kejahatan dan dihukum dan dimasukkan ke dalam neraka dan semua manusia akan dibalas secara adil dan saksama.

6. Percaya kepada Qada dan Qadar Allah, samada baik ataupun buruk, dimana Allah subhanahuwata’ala menilai dan menetapkan nasib kepada semua makhluknya menurut kehendakNya Yang Maha Bijaksana. Berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui, dan kuasaNya untuk merancang dan melaksanakan perancangannya, tiada apa boleh berlaku bertentangan dengan KehendakNya. Ilmu dan kuasaNya sentiasa menentukan apa jua yang berlaku kepada makhlukNya. Dia Maha Bijaksana dan Maha Penyayang, dan apa jua yang dikehendakiNya berlaku tujuan dan tidak sia-sia. Jika perkara ini diyakini sepenuh hati, maka kita mesti menerima dengan reda segala apa yang Dia takdirkan kepada kita, walaupun kita mungkin tidak memahami sepenuhnya hikmah di sebalik perkara tersbut, atau kita mungkin merasakan ianya suatu yang buruk.

Kepercayaan tanpa perbuatan dan tindakan merupakan suatu yang tiada makna bagi Islam, kerana kepercayaan secara amnya amat sensitif dan boleh menjadi suatu yang paling berpengaruh. Namun, apabila tidak disusuli dengan tindakan, keimanan tersebut akan padam bersama-sama pengaruhnya.


Lima Rukun Islam (Tindakan):



1. Mengucap dua kalimah shahadah: Mengaku bahawa tiada suatu pun yang layak disembah melainkan Allah subhanahuwata’ala, dan bahawa Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam ialah rasul Allah. Umat Islam diwajibkan mencontohi cara hidup Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam.

2. Bersolat: Sembahyang lima waktu setiap hari sebagai tanggungjawab kepada Allah subhanahuwata’ala. Bersolat solat ini menguatkan dan menghidupkan kepercayaan kepada Allah subhanahuwata’ala dan mendorong manusia sentiasa memperbaiki akhlaknya ke tahap yang lebih mulia. Ia juga menyucikan hati dan menghalang manusia dari melakukan dosa dan maksiat. Solat ada lima waktu: Solat Subuh, Solat Zuhur, Solat Asar, Solat Maghrib, dan Solat Isyak.

3. Membayar Zakat: Berdasarkan perkataan, Zakat bermaksud kesucian. Manakala makna teknikalnya ialah kewajipan keatas setiap umat Islam yang berharta untuk menyumbang, samada wang ringgit atau harta, sekali setahun kepada golongan yang layak. Namun, makna zakat dari sudut agama dan kerohanian lebih dalam dan bermakna berbanding nilai sosial, politik dan kemanusiannya sahaja.

4. Berpuasa: Umat Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan dengan tidak makan atau minum dan tidak melakukan hubungan jenis dari Subuh hingga Maghrib. Mereka juga dilarang dari mempunyai niat buruk sepanjang tahun amnya, dan di bulan puasa khasnya. Berpuasa mengajar manusia supaya mengasihi orang lain, tidak mementingkan diri sendiri, dan menguji kekuatan diri.

5. Mengerjakan Haji (Di Mekah): ianya diwajibkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kepada umat Islam yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan tubuh badan. Ianya merupakan perhimpunan tahunan terbesar dimana umat Islam bertemu antara satu sama lain tanpa perasaan prasangka atau curiga kepada warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun kedudukan. Lagipun, semua manusia adalah sama dari pandangan Allah subhanahuwata’aa. Justeru ibadat Haji membuktikan bahawa Islam sesuai untuk semua manusia, dan menyerlahkan semangat persaudaraan dan persamaan antara umat Islam.




INILAH ISLAM
JALAN YANG BENAR MENUJU KEJAYAAN
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Baca lagi ...!

Tambahan maklumat tentang DAJAL

Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur'an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi menurut Hadits ini, Al-Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam Kitab Hadits yang amat sahih sebagai berikut:

"Barang siapa hapal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari
(fitnahnya) Dajjal."

"Barang siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."

Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh surat Al-Kahfi yang melukiskan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang lain bersifat keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahwa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah ummat Nasrani.

Mula-mula diuraikan aspek keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada ummat Nasrani (ayat 4), yaitu ummat yang berkata bahwa Allah memungut Anak laki-laki. Demikianlah bunyinya:

"Segala puji kepunyaan Allah Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya ..., ... agar ia memberi peringatan tentang siksaan yang dahsyat dari Dia… dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata bahwa Allah memungut anak laki-laki." (18:1-4).

Terang sekali bahwa yang dituju oleh ayat tersebut ialah ummat Nasrani, yang ajaran pokok agamanya ialah Tuhan mempunyai Anak laki-laki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi diuraikan seterang-terangnya, bahwa ummat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :

"Apakah orang-orang kafir mengira bahwa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahwa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang." (18: 102-104).

Ini adalah gambaran tentang bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang adalah keahlian dan kebanggaan ummat Nasrani, dan ciri-khas inilah yang dituju oleh ayat tersebut. Mereka berlomba-lomba membuat barang-barang, dan mereka begitu sibuk datam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Membuat barang-barang, sekali lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristen tentang Putra Allah, dan tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristen di lapangan kebendaan, dan inilah yang dimaksud dengan fitnahnya Dajjal.

Ya'juj wa-Ma'juj diuraikan dua kali dalam Al-Quran. Yang pertama diuraikan dalam surat al-Kahfi, sehubungan dengan uraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhimya surat al-Kahfi, diuraikan tentang perjalanan Raja Dhul-Qarnain* ke berbagai jurusan untuk memperkuat tapal-batas kerajaannya.

Ternyata bahwa menurut sejarah, raja ini ialah raja Persi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surat tersebut, bahwa perjalanan beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam. "Sampai tatkala ia mencapai ujung yang paling Barat, ia menjumpai matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur hitam." (18:86). Ternyata bahwa yang dimaksud sumber yang berlumpur hitam ialah Laut Hitam.

Selanjutnya diuraikan dalam surat tersebut, kisah perjalanan beliau ke Timur "Sampai tatkala ia mencapai tempat terbitnya matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum yang tak Kami beri perlindungan dari (matahari) itu" (18:90). Selanjutnya diuraikan tentang perjalanan beliau ke Utara. "Sampai tatkala ia mencapai (suatu tempat) diantara dua bukit" (18:93).

Yang dimaksud dua bukit ialah pegunungan Armenia dan Azarbaijan. Dalam perjalanan ke Utara ini, raja Dhul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum yang berlainan bahasanya, artinya, mereka tak mengerti bahasa Persi. Kaum ini mengajukan permohonan kepada raja Dhul-Oarnain sbb: "Wahai Dhul-Qarnain! Sesungguhnya Ya'juj wa-Ma'juj itu membuat kerusakan di bumi. Bolehkah kami membayar upeti kepada engkau, dengan syarat sukalah engkau membangun sebuah rintangan antara kami dan mereka" (18:94).

Selanjutnya Al-Qur'an menerangkan, bahwa raja Dhul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan sehubungan dengan itu, Al-Qur'an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan untuk membangun pintu gerbang:

"Berilah aku tumpukan besi, sampai tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata: 'Bawalah kemari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya' (18:96). Dalam ayat 97 diterangkan, bahwa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) tak dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melobangi itu. Dalam ayat 98, raja Dhul-Qarnain menerangkan, bahwa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya akan berfaedah sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan runtuh. Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. "Dan pada hari itu, Kami akan membiarkan sebagian mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) bertempur melawan sebagian yang lain" (18:99).

*[Kata Dhul-Qarnain makna aslinya "mempunyai dua tanduk", tetapi dapat berarti pula "orang yang memerintah dua generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan. Makna terakhir ini diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian lama, Kitab Nabi Daniel, terdapat uraian tentang impian nabi Daniel, dimana ia melihat seekor domba bertanduk dua. Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan kata-kata sebagai berikut: "Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, yaitu raja Media dan Persi, (Daniel 8:20). Diantara raja Media dan Persi, yang paling cocok dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum Kristus).

Jewish Encyclopaedia menerangkan sbb : "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan hanyalah dimaksud untuk membulatkan tapal-batas kerajaannya, yaitu di Armenia, Kaukasus, India, sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah". Pendapat ini dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica sbb: "Tulisan yang diukir dalam batu menerangkan bahwa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang setia. Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau lakukan, hanyalah untuk memperoleh tapal-batas alam yang kuat bagi kerajaannya, demikian pula untuk menaklukkan suku bangsa biadab di daerah perbatasan. Jadi, raja Darius menaklukkan bangsa biadabdi pegunungan Pontic dan Atmenia,dan meluaskan kerajaan Persia sampai Kaukasus"].

**[Rintangan atau tembok yang diuraikan disini ialah tembok yang termasyur di Derbent (atau Darband) yang terletak di pantai Laut Kaspi. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab ilmu-bumi yang termasyur, terdapat uraian tentang hal itu. Demikian pula dalam kitabnya lbnu at-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu sbb :.Derbent atau Darband adalah sebuah kota kerajaan Persi di Kaukasus, termasuk propinsi Daghistan, di pantai Barat laut Kaspi… Di ujung sebelah Selatan, terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 mil, yang disebut Tembok Alexander…Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki, dan tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang dibuat dari besi, dan berpuluh-puluh menara-pengintai, merupakan pertahanan tapal-batas kerajaan Persi yang kuat].

Baca lagi ...!

Mari kita kenali siapa @ apa itu DAJJAL

Dajjal disebutkan berulang-ulang dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits, melainkan pula dalam Al-Qur'an. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini dihubungkan dengan turunnya Al-Masih.

Kata Dajjal berasal dari kata dajala, artinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal.

.... Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal karena ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat lainnya mengatakan, karena ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar. Pendapat ketiga mengatakan, karena ia menutupi manusia dengan kekafiran. Keempat, karena ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.

Pendapat lain mengatakan, bahwa Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, artinya, menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahwa ia dijuluki Dajjal karena mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya, artinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.

Kata Ya'juj dan Ma juj berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; kata ajij artinya nyala api. Tetapi kata ajja berarti pula asra'a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Ya'juj wa-Ma'juj dapat pula diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, karena hebatnya gerakan.

Baca lagi ...!