MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

KAMPUNG SAYA


Assalamualaikum semua,

Inilah peta satelit kampung Selindang, Kuala Lipis, Pahang. Kampung di mana saya dilahirkan lebih 40 tahun yang lalu. Setelah lebih 10 tahun merantau, kini saya kembali untuk berkhidmat di daerah sendiri. Akhirnya di kampung kelahiran ini, saya bina sebuah teratak tempat berteduh anak isteri di tanah pemberian ayah saya. Sebagai penghargaan agaknya, saya dilantik sebagai pengerusi surau kesayangan kami, Surau Kampung Selindang.
Kampung ini mungkin kecil pada pandangan orang lain, tapi pada kami ia sangat bermakna. Pertama, warganya masih 90% bersih anak jati kampung selindang sendiri. Majoriti anak kampungnya mendapat didikan di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dan telah berjaya dalam mencapai cita-cita untuk berkerjaya. Ada yang berkerja sendiri, swasta dan kerajaan. Namun yang membanggakan ialah ramai kalangan mereka yang berjaya ke menara gading dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordon, UK dan lain-lain. Yang paling membanggakan apabila ada antara mereka bergelar Yang Arif, bakal bergelar Jurutera Petronas, akauntan dan sebagainya.
Masih teringat saya akan tragedi ngeri pagi Raya Puasa tahun 2008 yang lalu bila 'adegan polis mengamuk dengan pistol berpeluru hidup' berlaku di kampung ini, hampir ada yang tercedera, mungkin kampung kami tidak ceria lagi. Bahkan menakutkan! Namun berkat sokongan warga kampung dan kawan-kawan, kelas perubatan Darussyifa dilimpahi pelajar dan warga setempat. Padat dan sendat surau kami. Mana tidaknya kelas yang diadakan pada setiap malam selasa dihadiri oleh lebih 60 orang palajar lelaki dan perempuan. Malam rabu dan khamis diisi dengan kulliah maghrib atau pebincangan bebas. Malam jumaat pula kami isi dengan solat hajat dan bacaan yasin khusus untuk merawat penyakit zahir, batin dan minda terutama anak-anak yang akan mendduduki peperiksan Al-hamdulillah, matlamat kami untuk mengihyakan surau diperkenankan Allah Taala!

Baca lagi ...!