TARIKH HARI INI

NASYID FM

DIARI HIDUP SAYA

MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

Menjejak Keluarga Tok4 Mamat

Friday, October 2, 2009

Al-hamdulillah, idea yang dilontarkan oleh sedara Kie berjaya direalisasi pada raya kali ini. Memang banyak cerita lain yang dikumpul untuk kenangan bersama, namun peristiwa ini dirasakan lebih UTAMA dihebahkan!

Idea untuk mengumpulkan seluruh keluarga Waris Tok Empat Mamat menjadi kenyataan dengan satu perjumpaan ringkas yang diadakan di rumah saya. Hadir dalam perbincangan itu sedara Kie, Ani, Mohd Untung dan Nor yang mewakili keluarga masing-masing

Perbincangan tersebut juga telah memutuskan beberapa perkara seperti ....

Saya mewakili pihak Noriah, Kie mewakili Ludin, Mohd Untung mewakili Abdul Aziz, Noraini mewakili Jaafar, Salleh dan Ibrahim.Wan Mahfuzah mewakili Normah, manakala Misliah mewakili Hamzah.

Tarikh perkahwinan Nurul binti Jaafar 21 & 22 November 2009, merupakan tarikh Mesyuarat Pertama Waris Tok Empat Mamat. Setiap keluarga dikehendaki menghantar seorang wakil ke mesyuarat tersebut.

Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah:
1-Penjenamaan perkumpulan ini
2-Perlantikan AJK
3-Kadar yuran
4-Aktiviti
5-Lain-lain




Moga ia menjadi kenyataan sebelum sejarah luput ditelan zaman.

0 comments:

Post a Comment