TARIKH HARI INI

NASYID FM

DIARI HIDUP SAYA

MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

Satu ketika dulu, kg Selindang menangis

Friday, March 11, 2011

Warga Kg Selindang dilanda kesedihan ..

Pada tanggal 30 April dan 1 Mei 2009, warga kampung Selindang digemparkan dengan dua peristiwa yang menyayat hati.

Ianya bermula apabila Mohd Zuhdi Abu Bakar, 17, pelajar tingkatan 5 SMK Padang Tengku, meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan maut di jalan kg Gua. Kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal itu berlaku kira-kira jam 10.00 malam di sebuah selekoh berbahaya berhampiran simpang Sekolah Menengah Agama Padang Tengku. Beliau menghembus nafas terakhir di tempat kejadian akibat luka parah di bahagian kepala. Manakala seorang lagi mangsa kemalangan terbabit dikejarkan ke hospital Temerloh ekoran kecederaan yang agak parah yang dialaminya. Difahamkan juga beliau belum sembuh dari kecederan yang dialaminya akibat kemalangan yang baru berlaku sebelum ini.

Sehari kemudian, Mohd Fakri Yahya, 17 juga adalah pelajar tingkatan lima SMK Padang Tengku, terlibat dengan kemalangan maut akibat bom ikan buatan sendiri. Beliau meninggal dunia sejurus setengah jam sampai ke hospital Lipis akibat kecederaan serius yang dialami di bahagian perut dan dadanya.

Justeru, bagi menunjukkan rasa kesetiakawanan yang tinggi dan semangat kejiranan yang tulin, warga kampung Selindang yang diketuai oleh Imam I, En Anuar menyampaikan sumbangan khairat kematian RM100 kepada En Abu bakar (ayah kepada arwah Mohd Zuhdi) dan Hj. Yahya (ayah kepada arwah Mohd Fakri). Semoga bantuan yang tidak seberapa itu, mampu meringankan tekanan perasaan dan bebanan keperluan kepada mereka yang terbabit.


Gambar 1
(Petang hari khamis 7 Mei 2009) Sumbangan Khairat Kematian
(RM100) disampaikan kepada en. Abu Bakar
oleh Imam I Surau Kg Selindang, en. Anuar.

Gambar 2
Menjiwai isi hati keluarga mangsa, En Anuar kelihatan
berbual sambil menasihati mereka agar sabar menghadapi
dugaan berat Allah ini

Gambar 3
En Abu Bakar dan isteri yang masih dilanda kesayuan
atas peristiwa yang menimpa keluarga mereka tabah
menghadapinya dan redha atas ketentuan Ilahi ini.

Gambar 4
Nenek mangsa, Esah turut merasai kehilangan
cucunda tersayang

Gambar 5
(Khamis 7 Mei malam) Imam I Surau Selindang, En Anuar
menyampaikan sumbangan khairat kematian (RM100)
kepada Hj Yahya. Turut hadir Hj Abdullah,
ketua kampung telemin.

Gambar 6
Hj Abdullah menerangkan sesuatu kepada Hj Yahya

Seluruh warga Kg Selindang merakamkan ucapan takziah, mendoakan moga semua ahli keluarga terbabit sabar dalam menghadapi dugaan Allah yang berat ini. Kita juga berdoa semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh-roh terbabit.

Amin

TQ

0 comments:

Post a Comment