TARIKH HARI INI

NASYID FM

DIARI HIDUP SAYA

MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

Kejadian histeria kali kedua di SMK Pdg Tengku bg tahun 2011

Thursday, March 24, 2011

Cikgu Rosli ... sabar ye!

Kg. Selindang. 23 Mac 2011: Sedang leka menyampaikan kuliah tafsir di surau, dapat satu panggilan dari cikgu Nurul Hayat salah seorang warden Asrama Puteri SMK Pdg Tengku memaklumkan pelajarnya diserang histeria. Sudah 10 orang terlibat. Saya segera mengarahkan ketua klinik Darussyifa' Lipis menghubungi 'DS On-Call Team'. Lebih kurang 10 minit kemudian Imam Abdul Hadi bersama beberapa perawat tiba ke surau untuk mengambil Us Rozali dan Abg Abu Bakar dan bergesa ke lokasi.

Saya tinggal bersama abg Anuar untuk bersolat Isya' bersama jemaah yang tinggal. Jam 9.20 saya dan abg Anuar bergegas ke surau SMK Pdg Tengku. sewaktu kami tiba suasan kelihatan terkawal. Cuma 4 orang pelajar perempuan sahaja yang masih bertempur. setengah jam kemudian keadaan semakin pulih, saya mengarahkan semua pelajar yang hadir di surau melakukan proses 'benteng diri' paling ringkas. Penerangan benteng diri dilakukan oleh us Shukri, setiausaha Darussyifa' Lipis.

Selesai operasi kali pertama, salah seorang pesakit berat pening kepala dan muntah-muntah. Semua pelajar diminta melakukan operasi benteng diri kali kedua lebih serius. tiada sebarang petunjuk dari mereka. Namun, bila dilakukan pemutihan kali kedua empat pelajar terbabit menunjukkan respon untuk bertarung semula. Namun setengah jam kemudian keadaan kembali stabil dan pelajar diarahkan balik ke asrama.

Kali pertama 'DS On-Call Team' berkhidmat pada tahun lepas (2010) iaitu selepas berakhirnya program sukan tahunan sekolah. Al-hamdulillah, bantuan Allah tiba juga situasi kalut tersebut dapat dikawal 2 jam kemudian.

Terima kasih ya Allah!

Kami diraikan di dewan makan dengan jamuan 'tea o panas bersama biskut' oleh pihak sekolah yang diketuai cikgu Rosli dan kekawannya. Pukul 10.40 kami mohon diri meninggalkan lokasi








Terima kasih semua.
Moga kita dalam peliharaan Allah selalu.

0 comments:

Post a Comment