TARIKH HARI INI

NASYID FM

DIARI HIDUP SAYA

MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

Kedudukan rumah-rumah warga Selindang 2007

Friday, March 11, 2011

Pandangan menunjukkan taburan kediaman warga Kampung Selindang untuk tahun 2007

Maklumat terkini dari Imam I Masjid Kg Berchang, Al-Fadhil Us Namlur b Seman bahawa pertambahan bilangan rumah / penduduk di Kg Selindang adalah melebih berbanding kampung-kampung lain yang bernaung di bawah pimpinan Ketua Kampung Berchang.

Antara faktor dikenalpasti mempengaruhi keadaan demikian ialah kepulangan mereka yang berada di luar ke kampung halaman seperti saya sendiri dan kakak saya. Tidak kurang juga mereka yang ada tanah warisan peninggalan / pemberian orang tua seperti Puan masni. Bilangan ini tidak termasuk mereka yang bercadang untuk membina banglo masing-masing seperti En. Roslan Zainal, sdr. Mat Ripin, us. Johari serta ramai lagi termasuk beberapa orang pensyarah di IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan yang dalam proses pembelian tanah bapa saudara, saya Pak Itam Kadir.

Umumnya, kami warga Kg Selindang amat bersyukur dengan perkembangan ini. Kami akan berusaha bersama memanfaatkan anugerah Allah Taala ini.

0 comments:

Post a Comment