TARIKH HARI INI

NASYID FM

DIARI HIDUP SAYA

MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH

Buah tangan dari SEMESTA

Monday, March 7, 2011

Hadirnya saya ke IPTAA / IPGMTAA / IPGMKTAA bersama beberapa kemahiran untuk dimanfaat bersama warganya.






BANGGA, BERSYUKUR DAN GEMBIRA
OSOM 08/09
One Stop Of MUTHHQ 2008/2009

Kertas ini telah dipanjangkan kepada Tuan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Tn Hj Johar b Osman pada 2 Februari 2009 untuk makluman dan tindakan


KERTAS KERJA

SOFTWARE ONE STOP OF MUTTHQ (OSOM) 2008/2009

(Auto 4 IN 1)

  1. PENDAHULUAN

ONE STOP OF MUTTHQ (OSOM) 2008 (AUTO 4 IN 1) adalah satu program yang dibina khas untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan keputusan bagi acara-acara rutin yang dipertandingkan dalam Majlis Ilmiah seperti acara Tilawah, Tafsir dan lain-lain. Adalah menjadi kebiasaan pemprosesan data markah bagi acara-acara tersebut dilakukan secara manual.

Kaedah pengurusan manual ini tentu memakan masa di samping terdedah kepada kesilapan semasa memprosesnya bagi mendapatkan keputusan segera dan tepat. Apatah lagi jika ia melibatkan beberapa pertandingan yang dijalankan secara serentak. Kelewatan mendapatkan markah setiap acara yang dipertandingkan membawa risiko besar kepada penyedian pelbagai bentuk laporan seperti laporan ketua jemaah hakim, buku laporan lengkap berhubung pertandingan. Keadaan ini juga akan melembabkan proses penyediaan sijil-sijil pertandingan.

Persetujuan Jemaah Hakim MUTTHQ 2008 untuk menggunakan OSOM pada MUTTHQ 2008 saya anggap sebagai satu pengiktirafan tidak rasmi kepadanya. Keyakinan saya lebih bermakna bila pihak terbabit bersetuju untuk menggunakan OSOM ini pada semua MUTTHQ pada tahun-tahun akan datang. OSOM 2008 ini telah diberi tanggungjawab memproses markah sekaligus menentukan keputusan dan mengeluarkan sijil bagi Majlis Ujian Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran (MUTTHQ) peringkat kebangsaan yang di adakan di Intstitut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPTAA) pada 20-23 Oktober 2008 yang lalu. Hasilnya, OSOM 2008 telah berjaya mencapai objektifnya dengan beberapa kelemahan yang memerlukan pemurnian. Apa yang lebih menarik ada kalangan pensyarah luar yang datang dan melihat sendiri kemampuan OSOM 2008 mengurus dan memproses markah, berminat untuk memilikinya dengan tawaran harga yang lumayan. Namun saya lebih berminat untuk menyerahkannya kepada pihak pengurusan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis sebagai satu hadiah atau sumbangan peribadi.

Justeru, setelah bertungkus-lumus menokoh-tambah item-item tertentu dengan mengambilkira beberapa kekurangan dan teguran, akhirnya terhasillah OSOM 2009 dengan penampilan dan kemampuan yang lebih berdaya saing dan boleh dimanfaatkan oleh semua IPGM seluruh Malaysia. Saya yakin OSOM 2009 kini lebih mampu menguruskan persoalan di atas dengan kadar segera, mudah dan tepat. Ianya berkeupayaan untuk memudahkan proses pendaftaran peserta pertandingan, pengisian markah, merumuskan keputusan dan mencetak keputusan penuh pertandingan sebagai bahan dokumentasi mengikut standard IPGM.

  1. RASIONAL

Usaha ini dibuat bertujuan mengelakan beberapa kesulitan yang biasa berlaku dalam majlis pertandingan seperti ini amnya, kecelaruan yang terjadi dalam acara-acara tertentu dalam pertandingan sebegini khususnya. Di samping itu OSOM 2008/2009 juga cuba memastikan proses pemarkahan dan penilaian berlaku dalam masa yang lebih jimat dan singkat dari sebelumnya.

  1. OBJEKTIF

Justeru, OSOM 2009 diharapkan mampu melakukan kerja-kerja pengiraan dan penilaian dengan tepat dan pantas perkara-perkara berikut;

    1. Pendaftaran peserta
    2. Pengisian markah pertandingan lebih dari satu acara
    3. Mendapatkan keputusan
    4. Membuat percetakan

  1. KEISTIMEWAAN OSOM 2008/2009

Beberapa keistimewaan pada OSOM 2008/2009 yang dianggap bonus kepada penggunanya seperti berikut;

A. Acara yang disediakan dia dalam OSOM 2008/2009 meliputi semua pertandingan Ilmiah seperti Tilawah, Tafsir, Hafazan, Syarahan Bahasa Arab, Kuiz dan Nasyid.

B. Layout paparan yang menyegarkan mata.

C. Butang pilihan yang jelas dan tersusun.

D. Mendaftar dalam masa yang singkat.

E. Boleh semak (peserta, markah, keputusan) mudah baiki.

F. Siap isi markah siap keputusan individu.

G. Siap isi markah siap keputusan pertandingan.

H. Siap isi semua markah tahu juara keseluruhan pertandingan.

I. Siap isi markah siap buku laporan.

J. Siap isi markah, boleh print sijil penghargaan / penyertaan.

  1. KONSEP “ONE STOP OF MUTTHQ (OSOM) 2009: Auto 4 In 1”

“PERMUDAHKAN YANG MUDAH”. Itulah motto yang saya cuba realisasikan melalui Software OSOM 2009. Ianya bertujuan membawa JAPIM selangkah ke hadapan dalam penguasaan aplikasi komputer sesuai dengan bidang dan kapasiti JAPIM yang turut bersaing dengan lain-lain jabatan di era IT dan dunia siber akhir zaman. Untuk tujuan tersebut OSOM 2009 menyediakan empat (4) kumpulan data yang asas untuk perkiraan dan penilaian bagi setiap pertandingan. Empat kumpulan data tersebut adalah seperti berikut;

    1. Proses pendaftaran:

Semua item pertandingan tidak perlu ditaip sebaliknya hanya perlu dibuat pilihan melalui daftar pilihan yang disediakan kecuali nama dan no. kad pengenalan sahaja yang perlu ditaip. Ruang pendaftaran menyediakan kemudahan seperti berikut:

a) Mendaftar

b) Menyemak

c) Membuat pembetulan / penambahan / penukaran maklumat

    1. Proses pemarkahan acara yang dipertandingkan:

Apa yang perlu dibuat ialah menaip markah mengikut agihan aspek penghakiman dan kedudukan para hakim. Markah akan diproses secara auto (dijumlah dan diberikan markah sebenar yang diperoleh setiap peserta). Kemudahan yang disediakan oleh ruang pemarkahan ini adalah seperti berikut:

a) Mengisi markah

b) Menyemak

c) Membuat pembetulan / penambahan / penukaran maklumat

    1. Keputusan pertandingan pelbagai variasi:

Teknik penghakiman adalah mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Ruang kemudahan untuk mendapatkan info keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

a) Ikut IPG

b) Ikut acara

c) Ikut Jantina

d) Ikut Individu

e) Semakan

f) pembetulan

    1. Paparan dan Percetakan keputusan pertandingan:

Keputusan semasa boleh dipaparkan bila-bila masa untuk disemak sebagai infomasi sebelum di cetak. Percetakan boleh dibuat mengikut kriteria yang disediakan samada ingin mencetak penuh atau separuh sahaja dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan untuk memapar info keputusan pertandingan atau mencetaknya adalah seperti berikut;

a) Papar keputusan

b) Keputusan

1. Ikut IPG

2. Ikut acara

3. Ikut Jantina

4. Ikut Individu

c) Cetak keputusan

d) Papar dan semak sijil

e) Cetak sijil

  1. KEPENGGUNAAN OSOM 2009

Program ini turut bersifat mesra pengguna. Ianya boleh beroperasi di mana-mana peringkat pertandingan samada peringkat kampung, taman, sekolah rendah, sekolah menengah, remaja, IPG, universiti dan lain-lain. Ini kerana sifat OSOM 2009 yang fleksible dan berorientasikan konsep serta terma yang tetap pada mana pertandingan.

    1. Langkah pertama:

a) Dapatkan software OSOM 2009 yang original.

    1. Langkah kedua:

a) Instal program OSOM 2009 ini ke dalam pc dan laptop

    1. Langkah ketiga:

a) OSOM 2009 sedia beroperasi;

1. Mendaftar peserta

2. Mengisi markah

3. Menyemak keputusan

4. Mencetak laporan dan sijil

  1. PENUTUP DAN HARAPAN

Saya bersyukur kerana dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk menghasilkan sesuatu yang kerdil ini agar dapat dikongsi bersama faedahnya bersama seluruh warga IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan yang sangat saya sanjungi ini. Justeru, saya juga berharap program ini akan mengangkat martabat JAPIM di IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis khasnya, di persada Institut Pendidikan Guru Malaysia amnya di atas usaha memaksimakan aplikasi komputer dalam pengurusan (markah dan yang berkaitan). Apatah lagi program ini telah dan akan diguna pakai di dalam satu-satunya acara utama tahunan bagi setiap Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara iaitu Majlis Ujian Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MUTTHQ).

Sebenarnya saya bercadang untuk membuat beberapa software lagi seperti One Stops JAPIM, One Stops j-QAF dan lain-lain lagi yang juga melibatkan data dan penilaian. Namun saya pasti ianya memerlukan komitmen yang tinggi samada dari segi masa, imaginasi, prasarana dan sebagainya. Walaupun begitu, saya tetap berazam untuk menjadikannya satu realiti satu hari nanti.

Sekalung ucapan terima kasih saya tujukan khas kepada Tuan Haji Johar bin Othman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, di atas kesediaan serta kesudian beliau untuk mengadakan perjumpaan ini bersama tenaga-tenaga utama pengurusan, sebagai tanda sokongannya terhadap usaha ini. Perjumpaan ini sangat bermakna bagi saya. Selain ia merupakan satu peluang menyalurkan sedikit komitmen kepada IPGM ini, ia sekaligus memberi laluan kepada saya untuk membentangkan program OSOM 2009 ini kepada pihak pengurusan IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah memberi komen membina serta idea-idea bernas bagi memperkasakan lagi ciptaan saya ini sehingga terhasilnya OSOM 2009 ini. Jasa tuan-tuan amat saya hargai.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh;

HJ BORHAN B HJ ARIPIN

680710-06-5071

Pensyarah JAPIM

IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis


0 comments:

Post a Comment